Follow us:
NO. KAD PENGENALAN PERMOHONAN BARU
KATA LALUAN LUPA KATA LALUAN
     
SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ))

1. Q:Siapakah yang boleh memohon jawatan kosong ?
A: Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Q:Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan kosong di MPB?
A: Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja melalui laman sesawang https://ejawatan.mpb.gov.my/. Bagi pemohon baharu yang belum mendaftar, pendaftaran boleh dibuat pada pautan “PERMOHONAN BAHARU” dengan melengkapkan segala butiran yang diminta.
3. Q:Apa yang patut dilakukan jika saya terlupa kata laluan untuk log masuk?
A: Jika anda terlupa kata laluan, sila set semula kata laluan anda di sini . Kata laluan yang baru akan dihantar ke alamat emel anda. Gunakan kata laluan tersebut untuk log masuk dan anda dinasihatkan untuk tukar kata laluan tersebut untuk tujuan keselamatan.
4. Q:Apakah pelayar (browser) yang sesuai digunakan untuk menggunakan sistem ini?
A: Sistem ini sesuai digunakan dengan pelayar Mozilla Firefox atau Google Chrome.
5. Q:Berapakah jawatan yang boleh dipohon dalam satu iklan?
A: Anda HANYA boleh memohon SATU(1) jawatan kosong yang diiklankan mengikut kelayakan anda.
6. Q:Mengapa No. Kad Pengenalan saya ditolak semasa saya membuat pendaftaran disini?
A: Jika No. Kad Pengenalan anda ditolak oleh sistem, ini bermaksud terdapat duplikasi di dalam pangkalan data kami. Sila semak semula No. Kad Pengenalan anda. Jika masih juga ditolak, sila hubungi pihak kami untuk tindakan selanjutnya.
7. Q:Apakah status semasa permohonan jawatan kosong saya dan berapa lamakah permohonan tersebut akan disimpan di dalam sistem?
A: Status permohonan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di dalam sistem dan pemohon yang tidak menerima jemputan temuduga dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai TIDAK BERJAYA.